22 February 2011

saya sayang suami saya...



salam...

**n3 ni agak memualkan.. so sila muntah sekarang.. hihihi

tiba tiba selepas terjaga dr tdo.. aku takleh nak tdo balik.. so jadinya, daripada tergoleng-goleng sorang2.. baik aku bercerita sama tu mr.belog
n3 khas khusus untuk enche hubby terchenta, tiada apa bersempena apa, hanya ceritera dari seorang isteri .. kerana bagi dia dan akhirnya kami, tiap hari adalah hari cinta, hari kasih sayang..

seorang lelaki yang dulu nya senior aku, kawan aku, pakwe, kekasih, buah hati, tunang dan kini dan selamanya suami.. satu anugerah yang amat bermakna ..

selain sayang terhadap semua ahli keluarga: mama, papa, adik, zelan + amee, dan semestinya aku amat menyayangi enche' hubby.. umpama hanya satu dalam sejuta..

sebagai seorg isteri, sudah semestinya syurga itu di bawah telapak kaki suami..

cinta kami sehingga kini cinta pjj.. cabaran mmg besar namun hanya kasih sayang yang mengatasinya...

enche hubby yang aku kenali sehingga kini, mmg seorang suami yang amat penyabar orangnya, melayan kerenah si isteri yang kadang-kadang agak menjengkelkan, lebih lebih lagi bila dah terlebih emosi.. skrg lagi terlebih emosi.. reaksi atau tindakan si dia, hanya berdiam diri.. umpama dialah air, dan api untukku.. putih itu dia dan hitam adalah ku..

jarang sekali - sangat la jarang - nk lihat enche hubby marah, marah sambil bebel bebel, marah dengan muka yang ganaz.. yang pasti hanya marah dengan mendiamkan diri.. dan tempoh untuk mendiamkan diri amat singkat.. selepas itu, kembali bersuara - umpama perkara yang lepas jgn diingatkan lagi..

kadang kadang terpikir, kenapa aku tak leh jadi mcm enche hubby.. hanya mendiamkan diri bila dikenakan.. aku hanya diam setelah aku dah berjaya atleast mempertahankan diri ku.. bila merajuk aku sanggup merajuk hingga lebih 24 jam.. tapi dia..

enche hubby akan buat apa yang dipinta, tidak pernah sekali ditidakkan cuma melambatkan atas sebab sebab tertentu

enche hubby akan buat segalanya yang boleh menggembirakan aku..

aku? : hanya reti membuat enche hubby risau dan susah hati

enche hubby sanggup korbankan apa saja.. aku? boleh dikira dengan jari..

sepanjang bersama dari dulu hingga sekarang, hanya boleh dikira rajuk enche hubby tapi aku..?
sehingga skrang masih kekal di ingatan, saat aku yang terlebih emosi, merajuk kat satu shopping complex yang ada.. tapi kalu nk dipikirkan.. mmg la malu.. tapi dengan sebab aku nk mempertahankan aku ini benar, so.. belasah jer..

dengan bercerita kepada mr. belog sekurang-kurangnya terlepas juga perasaan dalaman aku.. sebab aku jenis yang tak reti meluahkan.. terang-terang, berhadapan.. rasa malu masih ada.. cuma ada ketika aku akan berkata secara spontan.. enche hubby senyum.. senyuman itu yang membuat aku rindu pada dia..

harapan ku kini, walaupun kami pjj, namun aku sentiasa berusaha nk jadi seorang isteri yang baik dan sempurna di mata enche hubby.. yang boleh menggembirakan enche hubby..

dear abang.. really love u so much.. thanks for everything..

adios...
-niza-

1 comment: